Blogging VS Vlogging
By: Shazatul Mardhiyha Ab Rahim
Antara blog dan vlog, yang mana menjadi pilihan anda?
Jika dahulu orang menggunakan tulisan sebagai medium untuk menyatakan pendapat dan menzahirkan setiap idea yang mereka ada. Pada zaman serba teknologi kini, penulisan sudah hampir dilupakan dan digantikan dengan blog. Blog juga digunakan sebagai medium untuk menzahirkan setiap idea dan pendapat serta meluahkan emosi mereka. Ada juga yang menjadikan penulisan blog sebagai perniagaan atas talian. Mereka akan mempromosikan tentang sesuatu perkara atau benda dengan cara mereka sendiri. Selalunya, blogger yang terkenal dan telah mempunyai ramai pengikut atau followers akan menawarkan slot didalam blog mereka.
Dan kini, blog telah digantikan kepada Vlog. Apa yang membezakan blog dan Vlog? Kedua-duanya mempunyai peranan dan fungsi yang sama dan yang membezakan adalah bagaimana cara penyampaian dilakukan. Blog dilakukan dalam bentuk penulisan dan Vlog dilakukan dalam bentuk video.
Ada yag beranggapan, penyampaian tentang sesuatu perkara akan lebih mudah difahami dari segi bacaan dan ada pula yang berpendapat lebih mudah difahami apabila menggunakan video. Ini kerana bukan semua orang mempunyai keyakinan diri untuk bercakap didepan kamera dan divideo tersebut akan dipertontonkan kepada orang ramai. Malahan video tersebut akan dimainkan berulang kali.
Pada pendapat saya, saya memilih Vlog daripada Blog kerana saya dapat melihat bagaimana cara seseorang itu menyampaikan sesuatu perkara dan perkara tersebut lebih mudah difahami.
Antara Vlog yang menjadi pilihan saya ialah Maria Elena, Matluthfi90 dan Anwar Hadi. Setiap diantara mereka mempunyai cara yang tersendiri dan mereka menggunakan cara yang mudah untuk difahami oleh setiap peringkat umur.
Berikut adalah vlog yang menjadi kesukaan saya:
Antara blog dan vlog, yang mana menjadi pilihan anda?
Kalau saya pula lebih suka memilih vlog berbanding dengan blog. Video blog atau dikenalpasti sebagai vlog semakin mendapat tempat di hati para pengguna pada hari ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa melalui YouTube di mana seseorang individu itu dapat membentuk identiti baru mereka. Contohnya, vlog mendapat “most views” dan “most popular” maka seseorang individu itu boleh menjadi artis atau terkenal secara tidak langsung. Kadang-kadang kita tidak tahu pun bahawa individu tersebut merupakan seorang artis. Tetapi setelah meneliti latar belakang mereka baru kita mengetahui siapa mereka sebenarnya.
ReplyDeleteAlthough vlog is getting more and more popular, there are times when blog is better than the other. There is something special about written blog that can't be replaced by a person talking in a video. The joy of reading artistic writing and that smooth flow creates a distinctive energy among the readers. However, there are also times when vlog is better especially when the author have poorer writing skills but better communication skills.
ReplyDeleteTherefore I believe that both are good in their own ways. One completes another.
for me i rather love watch long video than long text, because on video , this vblog , we can see all the expression and emotion compare to text. the vblogger i love to watch is must be matlutfi, he know how to use humor on his every video entry and topic he choose sometime relateable wit us as Malaysian.
ReplyDeleteSaya seorang penulis blog tegar. Namun, saya suka menonton Vlog. Bagi saya kedua-duanya menarik dan boleh memberikan saya idea dan input-input yang baru mengenai kehidupan.
DeleteVlog lebih menarik untuk dikunjungi. Hal ini kerana, kita boleh melihat secara jelas tentang ekspresi empunya Vlog menyampaikan sesuatu dan pengunjung lebih percaya setiap apa yang diperkatakan.
ReplyDeleteSaya setuju dengan Miyrul. Vlog hasil gabungan cerita pendek yang ditambah dengan elemen bunyi, animasi dan sebagainya mampu menarik ramai orang untuk menonton berbanding dengan blog.
Delete