Budak bawah umur!

Oleh: Nurul Farhanah binti Saffinye

        Kebelakangan ini, media sosial menjadi hangat dengan isu aplikasi WeChat, sehingga ada sekumpulan netizen mewujudkan "page" Budak Hot Wechat di laman sosial Facebook. Jelas, apa yang ingin di tunjukan adalah masalah yang berlaku dalam kalangan remaja yang menggunakan WeChat sebagai salah satu medium untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling terutamanya rakan-rakan sebaya. 

          WeChat  diasaskan oleh Ma Huateng yang berasal dari China. Aplikasi ini dirasmikan pada tahun 2011 dan diberi nama Weixin. Pada tahun berikutnya, aplikasi ini terus popular ke negara lain sehingga sampai di Malaysia. Pada tahun 2013 sahaja, pengguna aktif WeChat mencatatkan angka seramai 300juta di seluruh dunia ( Putra, 2016). Jika dilihat angka pengguna di seluruh dunia tersebut, tidak hairanlah jika aplikasi ini mendapat tempat di hati masyarakat. Antara kelebihan WeChat yang tidak ada  pada aplikasi sosial yang lain pada ketika itu adalah  mempunyai video call.

       Perkembangan aplikasi ini amat membimbangkan. Di Malaysia, golongan yang berusia 14 tahun hingga 19 tahun dikenalpasti merupakan pengguna aktif WeChat. Pada tahun 2016 sahaja, terdapat beberapa kes rogol dilaporkan di dada-dada akhbar yang membabitkan remaja bawah umur dan kenalan baharunya di aplikasi Wechat selain kes penyalahgunaan dadah (Hajar, 2017). Pada Disember lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita seorang remaja berusia 14 tahun melahirkan bayi selepas membuat hubungan seks bersama teman lelakinya yang berusia 19 tahun iaitu kenalan dari WeChat. Senario seperti ini menjadi kegusaran masyarakat.


      Selain itu, pengguna Wechat terutamanya remaja tidak segan silu berkongsi perasaan dan luah hati di aplikasi ini. Apa yang lebih memalukan adalah, segelintir masyarakat penggunakan aplikasi ini untuk menyebarkan gambar-gambar lucah dan tidak kurang juga iklan mengenai perkhidmatan seks. Gambar di bawah adalah bukti senario ini. 

  









      Kesimpulanya, fenomena yang berlaku mesti dibendung agar tidak menjadi barah dalam masyarakat.  Ibubapa haruslah prihatin dengan perubahan anak-anak terutamanya remaja kerana dalam fasa ini mereka masih tercari-cari identiti diri. Bimbinglah mereka sebaiknya agar tidak ada yang terjerumus di lembah binasa. Akhir kata, hanya memandang tidak dapat menyelesaikan masalah, hanya mendengar tidak mampu mengubah apa-apa. Bertindaklah sebelum terlambat !






Klik di sini untuk tahu lebih lanjut

https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian/20170106/281891592953565

http://www.izaybiografi.com/2016/02/penemu-wechat-ma-huateng.html


     

Comments

  1. Hmmm jelas di sini kita lihat bagaimana laman sosial ini disalah guna dan telah memberi kesan buruk kepada pengguna khasnya genersai muda yang menggunakan kemudahan ni setiap hari. Semangnya media sosial ini berguna kepada kita semua. dan salah satunya ialah mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara manusia. Namun penyalahgunaan ini telah menjejsakan kualiti media sosial itu sendiri. Maka wujudlah terma seperti Budak WECET dan sebagainya ini . Salah satu masalah yang diharap dapat ditanagani ialah masalah Ttatabahasa yang digunakan. Ternyata bahsa yang digunakan ialah Bahasa Rojak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong apa yang diperkatakan oleh saudara Alwin. Penggunaan bahasa rojak juga tidak boleh di pandang enteng.

      Delete
  2. Saya bersetuju pendapat dengan farhanah di mana budak bawah umur adalah antara golongan yang aktif menggunakan aplikasi WeChat. Di sini dapat saya nyatakan bahawa golongan ini kurang kesedaran nilai murni dalam diri mereka dan disebabkan sikap yang belum matang telah mendatangkan pelbagai kesan negatif sekiranya mereka menggunakan aplikasi WeChat secara berlebihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, saudari Lina. Golongan seperti ini tidak boleh dibiarka n begitu saya. Kita sebagai ahli dalam masyarakat harus mengambil serius perkara ini.

      Delete
  3. Apabila penggunaan laman sosial disalah gunakan dan pelajar sekolah yang menggunakan laman sosial ini tidak di pantau oleh ibu bapa atau penjaga, masalah sebegini akan terjadi. Apabila mereka tidak mendapat sepenuh perhatian di rumah, mereka akan cuba melakukan sesuatu diluar rumah untuk mendapat perhatian orang ramai. Remaja kini semakin berani dan adakalanya mereka bertingkahlaku seperti orang dewasa.

    ReplyDelete
  4. The main thing that worries us is the way they use social media. Since most of them are underage and teenagers, they are very naive. In other words, they post status or photos without thinking twice. They trust people too easily that they 'make friends' with total strangers and dare enough to actually meet them in person. In most cases, these teens got raped and some even got killed.

    ReplyDelete
  5. #dak2Wechat semakin banyak digunakan untuk menggambarkan budak-budak yang menggunakan aplikasi ini. Budak-budak bawah umur menggunakan wechat tanpa berfikir terlebih dahulu tentang setiap 'post' yang hendak ditulis. Mereka sesuka hati menulis sehingga boleh dikatakan #dak2Wechat ini mempunyai typo (salah ejaan) yang teruk.

    ReplyDelete
  6. Ibu bapa perlu tegas dalam mendidik anak-anak. Penggunaan gajet oleh anak-anak yang berusia 18 tahun ke bawah perlu dipantau rapi supaya masalah sosial yang semakin berleluasa pada masa kini seperti mengandung anak luar nikah dapat dielakkan. Kebanyakkan remaja yang terlalu leka dengan media sosial seperti wechat ini mudah terjebak dengan masalah sosial sedemikian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wechat ini juga mempunyai kebolehan seperti "shake" dan "look around". Kedua-dua ini menyebabkan sesiapa sahaja pengguna Wechat boleh mendapat kenalan dengan mudah dan bahaya kepada mereka sendiri.

      Delete
  7. Media sosial seperti wechat sangat memberi kesan negatif kepada remaja-remaja zaman sekarang.hal ini kerana di wechat kebanyakkan remaja bersosial antara lelaki dengan perempuan tanpa mempunyai rasa malu dan hormat dan kebanyakkan post yang ditulis adanya berunsur lucah dan ada jua yang memuat naik gambar yang tidak sepatutnya dipertonton kepada khalayak umum.. perkara ini perlu dibendung supaya generasi akan datang tidak lalai dan hanyut

    ReplyDelete
  8. Apabila fungsi utama media sosial disalah gunakakan dan tidak mendapat tinjauan daripada orang dewasa, maka gejala seperti inilah yang akan berlaku. Remaja kini semakin berani. Berani dalam menonjolkan diri mereka di dalam media sosial. Ada kalanya keberanian mereka itu akan menjerat diri mereka sendiri.

    Seperti yang kita tahu WeChat merupakan media sosial merupakan media sosial yang mempunyai banyak negatif daripada positifnya. Saya pernah melihat beberapa post yang berunsur lucah seperti contoh diatas dan tanpa segan silunya mereka akan melayan setiap komen yang diberikan oleh pengikut mereka. Remaja seperti ini harus diawasi oleh ibu bapa dan orang dewasa dan supaya generasi akan terikut dengan kegiatan negatif ini.

    ReplyDelete
  9. Remaja kini dan kanak-kanak masa kini sudah didedahkan dengan social media lebih awal tanpa bimbingan yang betul daripada setiap pihak. Selain itu, mereka boleh menjadi mangsa pedophilia sekiranya penggunaan laman sosial mereka tidak dikawal dan dipantau.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aplikasi Whatsapp dalam kehidupan seharian

Dakwah media sosial?