Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT)


Ditulis oleh : Fazalina Sulaiman



https://www.facebook.com/ISULGBTSS/?hc_ref=SEARCH&fref=nf

LGBT semakin kuat menerima sokongan daripada lapisan masyarakat terutamanya di Negara Barat seperti Amerika dan New Zealand. Selain itu, mereka juga mempunyai pusat pergerakan sendiri iaitu Support the Center LGBT Community yang ditubuhkan pada 1983. Golongan LGBT telah menggunakan berberapa medium untuk menarik perhatian orang ramai dan menperjuangkan hak-hak mereka. Media sosial seperti blog dan Facebook merupakan salah satu medium utama yang digunakan oleh golongan LGBT untuk menyebarkan idelogi mereka.

Begitu juga seperti gambar yang telah dipaparkan, ia merupakan sebuah blog pusat Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender Student Services (LGBTSS) yang menyediakan perkhidmatan kepada pelajar untuk membangunkan program dan perkhidmatan dalam memperbaiki iklim kampus terhadap pelajar dengan asas keadilan sosial. Pusat ini juga menawarkan perkhidmatan dan sumber yang tertumpu kepada orientasi seksual dan identiti jantina untuk pelajar di Iowa State University (ISU), United State. Kakitangan di ISU juga menyokong individu dan kumpulan LGBT dengan cara memberikan sokongan, rujukan, komuniti, dan pengaturcaraan buat mereka.
Mana-mana pelajar yang berminat untuk mendapatkan khidmat di pusat ini sangat-sangat dialukan oleh mereka supaya golongan ini tidak disisihkan oleh masyarakat. Maklumat yang mereka sediakan di laman sosial juga tidak terlalu banyak serta lengkap, namun mereka meminta pelajar yang berminat untuk pergi terus ke pejabat mereka untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap.

Bahagian maklum balas di media sosial juga agak kurang. Kemungkinan pusat ini masih lagi tidak diketahui oleh masyarakat setempat. Jadi, perbezaan pendapat daripada pelajar mahupun pengguna media sosial tidak dapat dilihat di pages mereka sendiri. Namun begitu, pendapat yang berbeza mengenai LGBT telah diperoleh di blog yang membangkitkan isu LGBT. Masing-masing mempunyai pendirian dan pendapat sendiri dalam menilai golongan ini.


Comments

  1. Pada baru-baru ini kita digempakkan dengan isu LGBT dalam filem “Beauty and the Beast” keluaran syarikat Walt Dsiney. Menurut berita pada portal Free Malaysia Today (18 Mac 2017), kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan tayangan filem ini jika Walt Disney enggan menapis adegan gay seperti yang telah dicadangkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Oleh itu, kita sedia maklum bahawa penangguhan tayangan filem “Beauty and the Beast” di negara atas sebab filem ini mempunyai unsur LGBT. Datuk Nur Jazlan Mohamed merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri menegaskan bahawa Malaysia mempunyai undang-undang dan budaya tersendiri yang perlu dihormati oleh Walt Disney. Di sini saya dapat menyimpulkan bahawa isu LGBT ini tidak dapat diterima oleh negara kita mahupun masyarakat pada hari ini. Namun begitu, pada pendapat saya sendiri di mana saya boleh menerima golongan-golongan LGBT ini secara terbuka. Hal ini sedemikian kerana mereka mempunyai hak-hak yang sama seperti kita namun hanya penampilan mereka yang berbeza. Di sini saya sertakan laporan berita iaitu salah satu isu LGBT dalam filem “Beauty and the Beast” untuk tujuan rujukan oleh anda semua.

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/03/18/beauty-and-the-beast-malaysia-tegas-mahu-adegan-gay-dipotong/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai sebuah negara yang mementingkan kesejahteraan dan keharmonian sejagat serta menghormati sensitiviti dalam agama amsing-masing, adalah wajar bahagian Lembaga Penapisan Filem (LPF) menyekat kemasukkan fiem tersebut di Malaysia. Hal ini demikian kerana Malaysia walaupun dijajah oleh barat dari pelbagai aspek, namun budaya barat masih tidak diterima dan menerima kecaman hebat dari seluruh masayarakat.

      Delete
    2. Ya, saya bersetuju dengan pendapat Fazalina di mana bahagian Lembaga Penapisan Filem (LPF) sememangnya wajar atau berhak untuk menyekat tayangan filem "Beauty and the Beast"masuk ke Malaysia atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

      Delete
  2. setiap manusia mempunyai hak yang ingin dipertahankan dan diperjuangkan. Ianya terpulang kepada individu dalam sesebuah masyarakat samada ingin menerima ataupun tidak. Dari rasa kemanusian, saya tidak menolak atau meyisihkan masyarakat LGBT ini kerana mereka berhak untuk diterima dalam masyarakat biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan pendapat anda. Menyisihkan mereka bukan jalan penyelesaiannya. Bergaul dengan golongan LGBT bukanlah menjadi kesalahan selagi mana kita sendiri tidak terikut-ikut dengan tingkah laku mereka. Pokok pangkal setiap perkara adalah pada diri kita sendiri.

      Delete
    2. Ya, saya bersetuju dengan Nastasha. Golongan LGBT juga tidak terkecuali untuk mempertahankan hak mereka.

      Delete
    3. bagi saya pula, penerimaan seseorang untuk golongan LGBT adalah bergantung kepada diri sendiri.,kerana menurut saya, mereka sepatutnya dibantu oleh orang seperti kita agar membetulkan mereka..

      Delete
  3. There is no definite answer or stand towards this matter because there will always be people supporting and going against it. It is a choice made by the person. No matter how much people go against this issue, at the end of the day, it is the person who will make a decision to whether or not live as who they are or as who people want them to be.
    Debates and discussions about LGBT has been done since decades ago and it is still ongoing. It may be right and may be wrong to some people but everyone have different perspectives. No one is actually right.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are right Mereya. Everyone have their own opinion about this matter. Keep calm and spread your love.

      Delete
    2. Yea, we must always spread our love. :)

      Delete
  4. Kini golongan LGBT ini sudah mula berani untuk mempersoalkan dan mempertahankan mengenai "human rights" di mana hak mereka untuk menentukan kehidupan mereka sendiri. tetapi secara peribadi saya berada di posisi tengah dimana saya tidak begitu menyokong dan membangkang. saya jugak tidak akan menolak kewujudan mereka di dalam kalangan masyarakat disekeliling kini selagi mereka tidak melakukan sesuatu perkara di luar kawalan dan boleh mengganggu orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali. Golongan LGBT ini semakin berani apabila ramai masyarakat mula menerima mereka. Ada juga antara mereka yang berani tampil ke mahkamah untuk mempersoalkan hak mereka seperti orang lain. Perkara ini membimbangkan kaum wanita yang masuk ke tandas awam dan pada masa yang golongan transgender turut berada di situ. Jadi, adakah perkara seperti ini dapat diselesaikan?

      Delete
    2. bagi pendapat saya, perkara ini dapat diselesaikan apabila ada persetujuan dari kedua belah pihak. namun isu masuk tandas perempuan oleh golongan transgender sangat membimbangkan meskipun mereka telah menukar muka+pakaian dan cara jalan namun bagi islam mereka tetap lelaki dan haram bagi lelaki menyerupai wanita...

      Delete
    3. Agama Islam bukan sahaja mengharamkan lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya. Namun, perkara yang turut membimbangkan wanita Islam adalah aurat mereka.

      Delete
  5. Bagi saya golongan LGBT ini mula mencari hak mereka agar hak mereka dapat dipertahankan. Saya juga tidak menolak adanya kewujudan mereka dalam masyarakat kita. Selagi mereka tidak melakukan perkara yang mampu menjejaskan keselamatan dan kesejahtaraaan orang lain, mereka masih ok. Mereka juga manusia kita juga perlu memberi bimbingan yang betul agar mereka tahu realiti sebenar kehidupan. Selagi orang tak kacau kita selagi itu masih ok bukan.bagi saya just spreas love and positive vibe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu alwin. Saya setuju. Setiap orang ada hak masing-masing tidak dan kita tidak wajar menolak kebenaran tersebut. Spread you love!

      Delete
  6. Isu ini sudah lama diperkatakan dan saya amat setuju dengan pendapat rakan-rakan yang mana golongan LGBT ini mula untuk mendapat hak mereka, tidak kurangnya di negara kita Malaysia. Masalah kekeliruan gender semakin mendapat perhatian ramai masyarakat di Malaysia ketika ini. Jika di luar negara, isu ini sudah menjadi kebiasaan dan golongan ini telah diangkat ke tahap yang perlu dihormati sehingga perkahwinan sesama jenis adalah „dihalalkan‟ di sana. Lihat sahaja
    role model mereka iaitu artis barat yang banyak mengalami kekeliruan gender ini. Berbeza dengan masyarakat di Malaysia, kerana di sini kita masih mempunyai agama dan adat resam yang perlu dipatuhi oleh setiap kaum di Malaysia. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang berlandaskan agama dan mempunyai adat resam haruslah menyekat perbuatan songsang walaupun ianya adalah hak individu itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya setuju dengan kenyataan anda. Budaya kita berbeza dengan negara-negara lain. Pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan perkahwinan sejenis di negara Malaysia tidak diterima. Hal ini akan menyebabkan pelbagai masalah di kemudian hari serta menjatuhkan imej negara sebagai sebuah negara yang berbudaya dan penuh nilai-nilai murni. Jangan biarkan isu seperti ini terus berleluasa dan barulah tindakan diambil. Bak kata pepatah "sudah terhantuk, baru nak tengadah".

      Delete
  7. Golongan LGBT bukan satu isu namun telah menjadi trend yang semakin menular di halaman-halaman sosial. Seperti sekitar awal tahun ini, di facebook telah dimuat naik video "gay bertunang"dengan caption yang sangat tidak masuk akal iaitu bahawa mereka telah bertunang..bagi saya kewujudan golongan LBGT sebenarnya mempunyai seribu satu persoalan dimana ada golongan LGBT yang dibuat-dibuat dan adanya dari masalah peribadi atau masa lampau yang membuatkan seseorang itu cenderung kearah itu.. namun siapakah kita untuk judge latar belakang mereka. pendapat saya mengenai isu lGBT ini saya tidak menyokong dan juga tidak menolak kewujudan mereka kerna bagi saya ini lumrah dan kita harus bijak memilih masa hadapan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada masa kini isu hangat yang dibahaskan dan menular di laman sosial seperti facebook dan instragram ialah LGBT atau hubungan cinta sesama jenis. Saya bersetuju dengan pandangan saudari berkenaan tidak menyokong kewujudan mereka dan tidak menolak kewujudan mereka. Hal ini demikian kerana, jika kita sebagai anggota masyarakat menolak LGBT ini bermakna kita telah menyekat kebebasan hak individu. Bagi golongan LGBT, menganggap mereka telah memperjuangkan hak asasi manusia. Setiap orang memiliki hak tersendiri untuk kehidupan mereka. Manakala, jika dilihat dari sudut penerimaan, sesetengah masyarakat tidak menerima golongan tersebut kerana bertentangan dengan norma sesetengah masyarakat dan dianggap taboo. Contoh di Malaysia, LGBT ini bertentangan dengan agama. Oleh itu, golongan ini tidak disokong dan tidak mendapat tempat di dalam masyarakat. Namun, kita sebagai anggota masyarakat tidak boleh mengecam golongan tersebut dan dalam masa yang sama tidak membiarkan fenomena ini berleluasa.

      Delete
    2. LGBT golongan yang sentiasa menjadi isu hangat masa kini. Pendapat saya berkenaan isu ini adalah semua orang mempunyai hak untuk bersuara tetapi jangan pula melampui batas. Saya tidak menyalahkan golongan ini, tetapi menurut perlembagaan Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Oleh itu, secara tidak langsung golongan LGBT ini akan mendapat tentangan dari pelbagai pihak.

      Namun, dengan hanya menentang tidak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku. Kita perlu bekerjasama membantu golongan ini mereka agar tidak merasa tersisih dan seterusnya boleh membuatkan mereka lebih agresif.

      Kesimpulan, menurut teori spiral of silence golongan LGBT ini merupakan salah satu contoh golongan monoriti. Suara mereka tidak di dengari. Oleh itu, jadilah kita rakyat yang tidak bias dengan mendengar semua suara tanpa menyisihkan mana-mana golongan yang ada di Malaysia.

      Delete
    3. Saya bersetuju dengan pendapat anda. Golongan ini tidak perlu ditentang dengan cara kekerasan kerana ia hanya akan merumitkan lagi keadaan. Tegur secara berhemah adalah cara yang betul.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aplikasi Whatsapp dalam kehidupan seharian

Budak bawah umur!

Dakwah media sosial?