Blog dan Minat
oleh Alwin Lawrence

Video ringkas Apa Itu Blog? 

Blog merupakan antara salah satu medium komunikasi yang amat berguna kepada semua orang. Kini blog telah dianggap sebagai sebahagian daripada budaya dalam talian oleh pengguna internet. Secara amnya blog ini dapat dikaitkan dengan peranan media baharu yang sedia ada iaitu internet. Kebanyakkan orang yang membaca blog ini akan mencari sesuatu yang menarik minat mereka khasnya  hiburan, politik, ekonomi, dan sebagainya. Di Malaysia sendiri kita dapat lihat perkembangan blog kian meningkat dengan perkembangan teknologi pada masa kini, umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Dari perspektif setempat sendiri Malaysia amnya, jumlah inidividu yang menghasilkan blog (blogger) ini kian bertambah. 

Hasil dari beberapa semakan saya terhadap beberapa blog yang boleh dikatakan amat dikenali antara blogger yang lebih kurang 100,000 pengikut ,setiap mereka mempunyai cerita yang berbeza dan memliki pelbagai keistimewaan tersendiri dalam lama blog mereka. Berikut ialah antara blog yang sempat dilawati ialah :







Blogger ini merupakan antara  blogger yang telah lama berkecimpung dalam dunia blog ini. Beliau sering mengadakan segmen yang khas yang menarik untuk setiap pengikutnya. Namun sekarang beliau telah dikenali sebagai seorang  bapa. Namun ini tidak menghalang beliau untuk terus bergiat dalam dunia blog ini. Beberapa perkara yang menarik minat saya terhadap blog beliau ialah bagaimana beliau sudi berkongsi pahit manis kehidupan beliau sepanjang bergelar sebagai seorang ayah yang membesarakan 3 orang anak disamping isterinya. Selain dari entry tertentu mengenai review beberapa produk  yang ditugaskan kepadanya untuk mempromosi. Kemampuan beliau untuk menunjukkan keupayaan beliau sebagai bapa yang boleh menjadi suri rumah harus diteladani oleh semua. Beliau juga ditawarkan pelbagai peluang untuk menjadi duta pelbagai produk. Blog beliau yang wujud sejak 2009 ini mula mendapat ramai pengikut sebanyak 26,000 lebih follower dan terus berkembang sehingga ke hari ini. 







Blog ini merupakan antara blog yang dapat saya katakan amat menarik untuk dilawati oleh penggemar fesyen khasnya lelaki. Setiap entry yang diletakkan dalam blog ini mempuyai kelebihan dan keunikannya  tersendiri. Kita dapat melihat sendiri perspektif dari  blogger ini sendiri terhadap setiap enty yang dihasilkan beliau. Dikenali sebagai Andre Amir , merupakan seorang warga Malaysia yang banyak menulis entry tentang fesyen semasa Malaysia dan bergiat aktif dalam fesyen tanah air sebagai stylist.  Beliau turut banyak berkongsi pelbagi tips kepada semua pembaca untuk lebih bergaya dan santai. Menariknya blog beliau ini mempunyai dwi Bahasa English dan Bahasa Melayu. Ini memudahkan pembaca Malaysia membaca setiap entry beliau. Jumlah pengikut blog ini ialah sebanyak 30,000 orang.







Dalam blog yang saya lawati ini pula menunjukkan perkongsian yang amat berguna khasnya dalam melibatkan tempat yang menarik untuk makan dan pelbagai resipi turut dikongsi bersama. Dikenali sebagai Cik Epal. Setiap perkongsian beliau khasnya percutian ke luar negara dengan kelurga dan beberpa entry penting turut dimuatkan. Beliau tidak malu untuk menjelaskan lebih terperinci dan jelas mengenai sesuatu tempat . Beliau juga tidak lekok untuk berkongsi pelbagai resirpi yang telah dilakukan olehnya sendiri di rumah kepada pembaca. Menariknya blog ini ialah dari segi layout yang tidak terlalu keterlaluan dan mudah untuk diakses. Ini memudahkan pembaca masuk dan melihat setiap entrynya yang terdahulu. Jumlah pengikut blog ini sekarang ialah mencecah 25,000 orang.


Selain itu tidak terkecuali beberapa blog yang tidak saya minati atas kerana beberapa faktor.
Blog tersebut ialah




Kebanyakkan entry yang ditulis dalam blog ini berbaur negatif khasnya dalam mengkiritik sistem politik negara. Selain itu blogger ini juga menulis sesuatu yang  pelik dan mencarut kadang kala. Misalnya membuat ramalan tertentu yang tidak pasti akan berlaku. Namun sejak 2012 blogger ini dilihat kian kurang aktif  atas sebab beliau telah menerima pelbagai kritikan dan kontorversi dari ramai pihak.


            Sebagai kesimpulan setiap blog yang dihasilakan blogger ini banyak dipengaruhi oleh minat mereka untuk berkongsi kepada rakan dan pembaca mereka. Kebanyakkan blogger akan lebih suka bercakap mengenai perkara yang dekat dihati mereka. Kebanyakkan blogger ini akan terus menulis setiap isi atau kandungan blog mereka, kerana mereka tahu pengikut akan sentiasa menanti pembaharuan blog mereka. Blog ini juga boleh dianggap menjadi sumber pendapatan jika seseorang itu bijak menggunkan blog ini untuk menjana pendapatan. Khasnya melalui mempromosikan produk oleh kerana jumlah pengikut yang ramai ini. Dalam dunia globalisasi kini, dunia tanpa sempadan ini kemampuan seseorang untuk mengakses blog ini di mana-mana sahaja ini meningkatkan lagi semangat blogger ini untuk terus menulis pelbagai entry yang menarik dari serata tempat. Penyalahgunaan  blog sebagai medium menyebarkan fitnah dan berita palsu amat ditegah sama sekali. 
         Untuk sesorang itu bergiat aktif dalam dunia blog ini mereka juga perlu mempelajari dari individu yang terlebih dahulu dan contohi  setiap hasil kerja mereka. Tidak kira apa jua topik yang dekat di hati mereka. Oleh itu untuk mencipta sesuatu blog, minat perlu diambil kira agar mudah bagi kita unutk menulis setiap kandungan blog itu. Video di bawah ini saya selitkan bersama bagi sesiapa yang ingin mencipta blog baru mereka.


Beberapa cara atau keadah untuk menghasilkan blog dengan mudah melalui Blogger.com

Comments

  1. saya bersetuju bahawasanya blog telah banyak membantu saya dalam mencari info atau maklumat tentang sesuatu perkara. saya sering mencari maklumat di blog berkaitan dengan tempat-tempat menarik di sesuatu negeri/negara melalui pengkongsian daripada pengalaman mereka ke tempat tersebut.

    Antara blog yang menjadi pilih saya ialah blog cikepal, Maria Elena dan Farah Dafri.
    Setiap diantara mereka mempunyai cara yang tersendiri bagaimana untuk menarik minat orang atau followers mereka untuk terus membaca dan mereka memberikan perkongsian yang sangat berguna dan boleh dijadikan sebagai panduan untuk semua orang.


    Cikepal (cikepal06.blogspot.com) - banyak memberi pengkongsian tentang resepi masakan

    Maria Elena (peliks.blogspot.my - tentang pengalaman sebagai seorang ibu dan yang terbaru mengenai perniagaan online yang masih baru dipasaran (www.marzea.com)

    Farah Dafri (blog.farahdafri.com)- review mengenai sesuatu tempat yang baru dibuka, mengenai fesyen semasa dan blog ini sesuai kepada golongan wanita.


    ReplyDelete
  2. Memang tidak dapat disangkal bahawa blog sangat berguna kepada pengguna laman sosial. Melalui blog, pengguna dapat mengetahui maklumat-maklumat yang dikongsikan oleh penulis blog. Seperti saya sendiri, saya mengikuti blog Teme Abdullah yang merupakan seorang blogger terkenal kerana menyampaikan dakwah melalui penulisan cerita dan keindahan lukisannya.
    http://temetemerity.blogspot.my/

    Selain itu, saya juga mengikuti blog Irene Nadia yang suka menceritakan kehidupan dia sebagai seorang yang bergelar ibu muda membesarkan tiga orang cahaya mata yang comel dan cantik. Kisah kehidupannya itu memberi motivasi kepada ramai pengguna laman sosial.
    http://irinenadia.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersetuju dengan pandangan saudari fazalina mengenai kebaikan blog kepada pengguna laman sosial. Dengan adanya, kita dapat menambah ilmu pengetahuan, mengetahui kewujudan sesuatu produk . Sesetengah blogger akan "mempromotekan" atau membuat "review" sama ada produk itu bagus ataupun tidak. Melalui komen yang dinyatakan oleh blogger tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi pengguna media sosial untuk mencuba sesuatu yang baru selepas membaca penulisan di blog tersebut. Lebih-lebih lagi jika blogger berkongsi pengalaman pergi tempat-tempat makan yang sedap dan destinasi pelancongan yang menarik.

      Delete
  3. Ya..blog sememangnya menjadi satu medium media sosial yang menyediakan kita untuk mencari maklumat tidak kira dari pelbagai aspek . Bagi pendapat saya, Blog merupakan satu medium untuk penulis menceritakan tentang pendapat,minat,hujahan dan juga apa sahaja yang dilalui dalam kehidupannya untuk dikongsikan kepada orang ramai. Bagi saya juga,blog merupakan media sosial yang mempunyai privasinya sendiri dimana maklumat yang terdapat di dalam blog tidak dapat dicopy oleh orang yang membacanya. seperti saya , kebanyakkan halaman blog yang saya lawati adalah blog yang menceritakan pengalaman destinasi pelancongan kerana saya minat akan gambar-gambar tempat yang cantik yang dikongsikan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan pendapat anda, Atiqah. Setiap orang mempunyai minat dan pengalaman yang berbeza yang perlu dikongsi bersama dan sedikit sebanyak pengalaman itu dapat dijadikan panduan untuk pergi ke destinasi itu kelak :)

      Delete
  4. blog merupakan salah satu sumber untuk mendapatkan maklumat, namun begitu sesetengah maklumat di blog tidak begitu sahih dan ianya hanya pendapat empunya blog itu sendiri. jadi tidak hairanlah maklumat di blog tidak boleh digunakan dalam penulisan akademik.
    bagi saya lagi, blog boleh dikatakan diari maya penulis blog kerana sesetengah blog menceritakan apa yang berlaku ke atas dirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog merupakan salah satu medium untuk berkomunikasi. Blog juga salah satu sumber mendapatkan maklumat. Namun, apabila kita bercakap tentang medium komunikasi ini netizen terutamanya akan menggunakan blog sebagai salah satu tempat untuk meluahkan ketidakpuasan hati dan membawa isu-isu perkauman di dalam blog. Hal ini kerana, ciri-ciri blog itu sendiri yang tidak menghadkan perkataan membolehkan semua orang menulis sepanjang mana yang mereka mahukan.

      Saya antara salah seorang penulis blog. Saya menulis blog bagi mengisi masa lapang saya. Sebagai penulis blog yang "tegar" pada suatu ketika dahulu, saya tidak menafikan kewujudan blog ini sedikit sebanyak membantu percambahan idea dan pengetahuan yang baharu. Antara blog yang saya minati adalah http://temetemerity.blogspot.my/. Teme merupakan seorang penulis buku. Saya amat meminati gaya penulisannya. Dia menggunakan blog sebagai salah satu medium untuk menyebarkan Islam dan mengejut anak-anak muda Islam yang masih lena di buai mimpi agar bangkit ke arah yang lebih baik. Selain itu, http://khairulabdullah.com/ ini juga seorang penulis buku yang saya minati. Gaya penulisan yang santai membuatkan orang lain tidak jemu membacanya.

      Kesimpulan, blog dan minta ini aalaha pilihan masing-masing. Pilihlah blog yang mampu memberikan inspirasi kepada anda. "Pilihan di tangan anda!"

      Delete
  5. Blog is a great media platform to voice out opinions and interest. If the writing and content is good, for sure one can gain profit from it!
    Getting popular might be the second choice but one will get to enhance their writing skill!


    I personally love writing and I am thinking of getting myself a blog! Lets hone our skills!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aplikasi Whatsapp dalam kehidupan seharian

Budak bawah umur!

Dakwah media sosial?