Ketagihan Penggunaan Internet dalam Kalangan Pelajar UNIMAS

oleh HAMIYRUL H.H



Kehadiran teknologi masa kini telah mengubah masyarakat supaya menjadikan masyarakat yang lebih bermaklumat. Ramai dalam kalangan masyarakat kita hari ini sudah mula untuk mempelajari dan menggunakan gadget tidak kira peringkat umur samada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Jika kita dapat perhatikan pada era yang serba moden ini, gadget yang canggih seperti telefon bimbit, ipod, komputer riba dan sebagainya sudah mampu untuk dimiliki oleh setiap orang.

Namun, sesetengah individu itu terlalu taksub menggunakannya sehingga memudaratkan keatas dirinya. Berikut merupakan hasil daripada tinjauan kami hasil daripada respon sebanyak 16 orang responden. Responden terdiri daripada 81.3% (13 orang) adalah responden perempuan, manakala 18.7% (3 orang) adalah responden lelaki.





Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan penggunaan Facebook merupakan aplikasi yang paling kerap digunakan iaitu sebanyak 14 orang responden. Selepas itu diikuti dengan aplikasi Wechat, Instagram, Twitter dan lain-lain.






Seterusnya, pernyataan pernah atau tidak daftar keluar (log out) akaun media tersebut. Kebanyakkan responden menjawab tidak pernah iaitu sebanyak 68.8% dan selebihnya pernah. Dibawah merupakan sebab-sebab kenapa tidak pernah daftar keluar.








Seterusnya, tujuan melayari internet. Antara pilihan jawaban ialah untuk tujuan pendidikan, tujuan hiburan sahaja, untuk berkongsi maklumat baru antara satu sama yang lain dan untuk up-to-date dengan isu semasa.


Berdasarkan hasil dapatan menunjukkan yang paling tinggi iaitu untuk up-to-date dengan isu semasa. Seterusnya, diikuti dengan tujuan hiburan, dan yang pilihan yang kurang ialah untuk tujuan pendidikan dan berkongsi maklumat baru antara satu sama yang lain.







Berikut merupakan dapatan tentang kekerapan mengemaskini (update) status di media sosial. Kebanyakkan responden memilih sebulan sekali untuk mengemaskini (update) status, dan diikuti pilihan setiap hari mengemaskini (update) status dan diikuti seminggu sekali untuk mengemaskini (update) status.






Sebanyak 7 orang responden mengambil masa 5jam keatas untuk melayari internet dalam tempoh seminggu. Seterusnya diikuti 3 hingga 4 jam untuk melayari internet dan diikuti pilihan kurang daripada satu dan dalam masa satu jam hingga ke 2 jam yang masing-masing dengan 2 orang responden.





Rata-rata responden mengatakan YA(11 orang) bahawa mereka berasa ketagih dengan penggunaan internet. Manakala, selebihnya mengatakan tidak berasa ketagih.
Di bawah merupakan antara sebab mereka mengatakan YA, saya ketagih dan TIDAK, saya tidak ketagih.








Di bawah merupakan maklum balas responden tentang ciri-ciri individu ketagih internet.





Kesimpulannya, sebenarnya internet merupakan medium komunikasi yang sangat berguna kepada semua lapisan masyarakat. Namun, penggunaan yang berlebihan sudah semestinya menimbulkan kesan negatif kepada individu pengguna itu sendiri. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak.



Comments

  1. pada zaman era serba moden kini habis setiap perkara yang kita lakukan mesti akan menggunakan teknologi dan ke mana sahaja kita perada telefon bimbit adalah satu benda yang wajib perlu dibawa. Kini bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak juga turut diberi telefon bimbit oleh ibu bapa mereka.

    secara peribadi, saya boleh kategorikan diri saya sebagai seorang yang ketagih dengan teknologi. Ini kerana, ke mana sahaja saya pergi telefon bimbit tidak pernah hilang dari tangan saya dan apabila tidak mempunyai internet saya tidak senang duduk. Bagi saya tidak salah ketagih dengan internet dengan syarat kita tahu dan boleh membahagikan masa untuk menggunakannya.

    Jangan terlalu taksub dengan teknologi sehinggakan kita hilang apa yang ada di depan mata kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sekali. kita sebagai pengguna yang mengawal internet, bukan internet mengawal kita.

      Delete
  2. Kecanggihan teknologi telah menyebabkan masyarakat taksub dan ketagih dengan penggunaannya. Orang dewasa dan remaja terutamanya, sudah biasa dengan penggunaan teknologi ini. Namun demikian, sekiranya tindakan yang sepatutnya diambil, generasi baru sebaik-baik tidak akan mengalami ketagihan seperti ini. Hal ini ternyata sungguh menyedihkan apabila kanak-kanak yang berusia sekitar setahun sudah diberikan pendedahan menggunakan teknologi sehingga menyebabkan ketagihan. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak untuk bermain dengan gajet sepanjang masa.

    Berikut adalah link berita tentang seorang kanak-kanak yang ketagih dengan gajet:
    http://ww1.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130423/lu_08/Budak-perempuan-ketagih-iPad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, ada kanak-kanak telah menggunakan gadget dan internet pada usia yang tidak sepatutnya yang berbeza dengan kita dahulu hanya bermain mainan tradisional ketika masih kanak-kanak.

      Delete
  3. wow terkejut saya dengan keadaan ini, dapat dilihat bagaimana ketagihan kepada penggunaan sosial media ini dalam kalangan responden sendiri banyak menjejaskan kualiti hidup mereka, antaranya tidak dapat meneruskan kerja lain dan taksub dengan telefon sahaja. Kita sebagai manusia harus sedar kita ialah yang berkuasa dengan teknologi ini. Jangan jadi kan teknologi berkuasa ke atas kita. Sebagai generasi yang bakal membangunkan negara kita haruslah bijak menggunakan setiap kemudahan teknologi ini dan media sosial ini.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Memang tidak dinafikan kemunculan teknologi membantu pengguna. Sama seperti kemunculan media sosial yang menjadi trend pada masa kini tidak kira sama ada golongan muda mahupun tua. Kewujudan mesia sosial seperti facebook dan Instagram merapatkan dan memudahkan perhubungan. Namun , terdapat kesan yang buruk yang bakal kita perolehi jika tidak bijak menggunakannya. Antaranya yang saya boleh kongsikan ialah pembaziran masa. Hal ini demikian kerana, pengguna terleka dengan aplikasi yang ditawarkan sehingga mengabaikan kerja yang seharusnya dilakukan kerana trerlalu asyik dengan media sosial. Tambahan lagi, pengguna menjadi ketagih terhadap media sosial yang kemudiannya membawa kesan kepada kurangnya produktivti. Ketagihan pekerja terhadap media sosial mengakibat tugas yang sepatutnya dilakukan tertangguh.

    ReplyDelete
  6. kemunculan teknologi seperti telefon bimbit mudah alih kini sangat berguna dan menjadi satu keperluan kepada kehidupan manusia. Namun ketanggihannya membawa seribu keburukkan terutamanya kepada kanak-kanak. hal ini kerana ibu bapa terlalu manjakan kanak-kanak dengan memberikan teknologi seperti tab,telefon bimbit dan sebagainya sebagai gantinya kepada alat permainan. disebabkan kemewahan dan tiada sekatan dalam penggunaan telfon bimbit terutamanya ketika menggunakan server wifi dan data internet,golongan muda mudah taksub dan membiarkan ianya menguasai minda dan akal,dek kerana hal itu tidak hairanlah masalah sosial yang melibatkan golongan muda semakin berleluasa. perkara ini harus dibendung dan ibu bapa harus membuat pantauan yang ketat kepada anak-anak dan seharusnya tidak memanjakan anak-anak dengan telefon bimbit.

    ReplyDelete
  7. Pada era globalisasi seperti hari ini, penggunaan internet semakin mendapat tempat di hati para pengguna tanpa mengira umur, jantina dan di mana kita berada. Bak kata pepatah seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang membawa maksud penggunaan internet yang semakin meningkat dari semasa ke semasa dalam kalangan masyarakat. Kecanggihan teknologi telah memudahkan para pengguna untuk mengakses pada bila-bila masa sahaja dan di mana kita berada. Namun begitu, sebagai seorang pelajar di mana kita hendaklah secara bijak dan mengelakkan diri daripada rasa ketagih dengan internet. Hal ini terbukti bahawa penggunaan internet secara berlebihan boleh memberi kesan negatif terhadap seseorang individu itu seperti maklumat peribadinya telah dicuri oleh orang lain. Kita mungkin leka menggunakan internet namun padahnya kita tidak mengetahui sama sekali. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berhati-hati semasa menggunakan laman rangkaian sosial seperti Facebook, Wechat, Twitter dan sebagainya untuk kebaikan diri-sendiri.

    ReplyDelete
  8. Penggunaan gajet dalam kehidupan jika tidak dibendung pada peringkat awal usia kanak-kanak akan mendatangkan keburukan. Hal ini demikian kerana penggunaan gajet yang didasari internet menyebabkan seseorang itu menjadi anti sosial. Sikap bergaul dengan masyarakat semakin kurang. Jika perkara ini berterusan berlaku, generasi yang mendatang akan terjejas pergaulannya dalam kalangan masyarakat serta akan wujud jurang yang besar.

    ReplyDelete
  9. Apa yang dapat kita lihat sekarang, masyarakat leka dengan gadget masing-masing sehingga waktu berjumpa pun asyik memegang gadget. Itu merupakan satu budaya yang tidak elok dan telah berlaku pada masa kini.

    ReplyDelete
  10. Seiring dengan modenisasi kini, gadjet dan kehidupan tidak dapat di pisahkan. Senario ini menjadi fenomena baharu dalam masyarakat. Segala maklumat boleh di dapati hanya dengan satu 'klik'. Media sosial tidak ketinggalan mengambil tempat dalam perjalanan hidup seharian masyarakat. Fenomena ini mencetus pelbagai perubahan termasuklah cara bersosial.

    Gadjet dan manusia seperti satu tong oksigen. Tanpa gadjet, manusia seperti tidak boleh bernafas. Revolusi teknologi mengeruhkan lagi keadaan ini. Namun, sebagai netizen yang cakna dengan perkara ini kita tidak boleh memandang remeh perkara ini. Bataskan diri dengan penggunaan gadjet ini agar kita tidak tergolong dalam golongan yang obses dan ketagih dengan internet. Jangan terlalu mengikut arus, kelak hanyut binasalah diri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aplikasi Whatsapp dalam kehidupan seharian

Budak bawah umur!

Dakwah media sosial?