Aplikasi Whatsapp dalam kehidupan seharian
oleh Hamiyrul H. H
Dunia ini sentiasa berubah disebabkan oleh kemajuan dalam
bidang sains dan teknologi. Hari ini, kita seolah-olah sukar untuk melarikan
diri akan kehadiran teknologi. Kebanyakan orang bersyukur banyak alat teknologi
yang mereka gunakan dalam kehidupan seharian mereka. Ramai di antara kita
bergantung kepadanya untuk diguanakam sepanjang hari, untuk melakukan tugas,
untuk mendapatkan maklumat, dan untuk
mencari perkara-perkara tertentu. Teknologi berkembang pada kadar yang
sangat cepat, dan apa yang kebanyakan orang tidak terfikir boleh menjadisebenar
beberapa tahun yang lalu, kini menjadi kenyataan.
Antara inovasi teknologi yang paling menonjol adalah
telefon pintar, komputer riba dan menggunakan internet. Ianya telah banyak
mempengaruhi banyak aspek kehidupan kita. Hari ini Internet terus berkembang
hari demi hari di kelajuan luar biasa. Kira-kira 32.7% daripada penduduk dunia
mempunyai akses kepada internet (Howe, 2012). Disebabkan
kewujudan itu semua, maka wujud pula satu aplikasi yang sangat terkenal pada
masa kini, iaitu Whatsapp.
WhatsApp adalah salah satu
perubahan dalam teknologi yang biasanya digunakan pada telefon mudah alih
tertentu dan komputer. Sejak telefon pintar menjadi popular, perkhidmatan
aplikasi pesanan banyak telah dilancarkan tetapi WhatsApp telah menjadi sangat popular di kalangan pengguna. Pada
asalnya, perkhidmatan ini adalah percuma untuk tahun pertama, dan tahun
seterusnya akan dikenakan bayaran.
Namun, ia terus menjadi aplikasi percuma selamanya selepas beberapa
tahun ia diperkenalkan dan dikemaskini. Selain itu, aplikasi ini boleh
menjadikan pengguna ketagihan dan meninggalkan kesan yang sukar untuk mengawal
dan mengubati.
Sejak aplikasi WhatsApp
diperkenalkan, aplikasi ini sering dikemaskini fungsi untuk memudahkan
pengguna. Pada mula diperkenalkan, aplikasi ini hanya boleh digunakan untuk
komunikasi dua hala dan hanya boleh membuat pesanan teks sahaja. Namun,
aplikasi ini terus dikemaskini fungsi seperti boleh wujudnya kumpulan WhatsApp, membuat panggilan suara dan yang terbaru
membolehkan membuat panggilan video.
Ia kini boleh didapati disemua telefon pintar. Ia menjadi
popular kerana tidak ada kos penggunaanya, asalkan mempunyai pelan data internet.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Online, The Strait Journal telah
mengumumkan setakat Januari 2016, pengguna WhatsApp
telah mencecah 700 juta pengguna diseluruh dunia. Ia amat mudah untuk
digunakan. Hanya masukkan nombor telefon ke dalam peranti applikasi ini. Ia
kemudian menyusun semua kenalan yang ada
(dengan kebenaran pengguna) di telefon untuk mengenalpasti bahawa siapa
lagi yang juga mempunyai aplikasi ini. Pengguna kemudiannya boleh menjemput
lebih ramai kenalan atau boleh menghantar pesanan kepada kenalan yang tidak
mempunyai aplikasi ini.
Menurut V.P Karthikeyan, Tony Varghese Olassayil et.al (2015), aplikasi WhatsApp telah dicipta oleh Brian Acton
dan Jan Koum pada tahun 2009 untuk berkomunikasi, menghantar dan menerima mesej
multimedia dengan lebih mudah dan lebih cepat.
Dalam kewujudan aplikasi ini, ianya banyak manfaat, namun
disebalik itu, terdapat kelemahan dan keburukkan aplikasi ini jika digunakan
secara berlebihan. Oleh itu, kita sebagai pengguna haruslah bijak menggunakan
aplikasi ini agar tidak memudaratkan diri sendiri.
Oleh itu, apa pandangan anda semua tentang aplikasi
Whatsapp? Adakah memudahkan anda? Kongsikan pengalaman anda menggunkan aplikasi
ini.
Rujukan:
Howe, W. (2012, January 29). An anecdotal history of the people and
communities. Retrieved from A Brief History of The Internet:
http://www.walthowe.com/navnet/history.html
V.P. Karthikeyan, T. V. (2015). A Study on Impact of Whatsapp among
College Student's in Coimbatore District. Indian Streams Research Journal,
1.
Bagi saya whatsapp telah menggantikan aplikasi SMS/messenging yang sedia ada. Dapat dikatakan saya telah menggunakan aplikasi ini hampir setiap hari kecuali telefon pintar saya rosak. Whatapp banyak membantu saya berkomunikas dengan cepat dan lancar dengan setiap inidivdiu yang sya kenal khasnya ahli keluarga rakan dan pensyarah. Salah satu perkara yang saya risau dengan penggunaan whatsapp ini ialah betapa cepatnya sesuatu isu itu tular kerana perkongsian yang begitu cepat oleh pengguna-pengguna Whatapp ini. Sebalikya kita harus bijak menilai setiap isi kandungan yang dikongsikan kepada orang lain.
ReplyDeletePada hari ini, penggunaan aplikasi WhatsApp telah mendapat tempat di hati para pengguna. Sebagai contoh, apabila saya bangun pada waktu pagi di mana perkara pertama yang saya lakukan adalah membuka WhatsApp. Hal ini sedemikian kerana saya tidak ingin ketinggalan maklumat atau informasi penting daripada rakan-rakan sekelas saya terutamanya. Namun begitu, kita sebagai seorang pelajar hendaklah bijak dalam membahagikan masa untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, keluarga dan orang sekeliling kita. Kita hendaklah tidak terlalu ketagih dengan Internet seperti Facebook, WhatsApp, YouTube, WeChat dan sebagainya.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat Lina. Tidak kira betapa pentingnya WhatsApp dalam menyalurkan informasi, kita kena bijak menggunakannya agar tidak terlalu taksub dan lalai sehingga mengabaikan perkara yang lebih penting.
DeleteJadi apa pula pandangan saudari Mereya tentang aplikasi ini? boleh kongsikan :)
DeletePada pandangan saya, kewujudan applikasi "WhatApps" sangat membantu kerana maklumat dan mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat. Tidak kira individu itu berada dimana sama ada di dalam ataupun diluar Negara masih boleh menghantar pesanan asalkan dapat akses kepada internet. Aplikasi ini dikatakan dapat menjimatkan wang kerana prepaid atau postpaid tidak akan dicas asalkan mempunyai akses internet. Namun, aplikasi sedikit sebanyak menganggu masa hujung minggu bagi individu yang bekerja. Hal ini demikian kerana, kadang -kala arahan atau tugasan kerja diberikan semasa cuti melalui "group WhatApps" dan menyebabkan masa rehat para pekerja terganggu. Selain itu, terdapat pekerja yang terpaksa mematikan "mobile data" bagi mengelakkan diganggu bagi memberi peluang kepada keluarga untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama.
ReplyDeleteWhatsapp tidak asing lagi pada masa kini. Penggunaannya yang semakin meluas membolehkan komunikasi tanpa batasan itu wujud selama mana adanya internet. Pada mulanya, aplikasi whatsapp ini hanya boleh digunakan sebagai pengganti mesej yang berbayar. Tetapi, peningkatan daya teknologi yang semakin hebat membolehkan sesiapa sahaja berhubung melalui panggilan whatsapp, malah membuat panggilan video ke seluruh dunia.
ReplyDeletewalaupun aplikasi whatsapp telah mengantikan komunikasi bersemuka namun kewujudan whatsapp sangat menjimatkan masa dari segi membuat temujanji ataupun menyampaikan informasi. bukan itu shaja dengan kecanggihan aplikasi whatsapp kini yang mempunyai panggilan video call percuma membolehkan sesiapa yang berada dalam jarak yang jauh untuk berhubung dengan orang yang tersayang
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAplikasi whatsapp merupakan keperluan seharian. Pelbagai maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi ini. Kewujudan aplikasi ini dapat menggantikan mesej berbayar memudahkan lagi pengguna memberi info kepada orang lain serta menjimatkan kos.
DeleteAplikasi whatsapp merupakan aplikasi yang boleh dikatakan wajib ada dalam setiap pengguna smartphone. Dengan adanya whatsapp, komunikasi dapat berlau dengan pantas dan maklumat yang ingin disampaikan kepada seseorang boleh terus dihubungkan dengan penerima tanpa memerlukan bantuan orang lain.
ReplyDeletesemua orang menggunakan Whatsapp bagi memudahkan dan melancarkan apa-apa pemberian notis kepada mana-mana individu. Aplikasi ini juga tidak memerlukan sebarang bayaran ketika kita memuat turun aplikasi ini. Selain itu, aplikasi ini memberi kemudahan panggilan suara dan video yang percuam. Tidak heran lah sekiranya aplikasi ini menjadi pilihan orang ramai pada masa ini.
ReplyDelete