Dakwah media sosial?

oleh : Nurul Farhanah binti Saffinye


    Revolusi teknologi hari ini membawa pelbagai perubahan dalam masyarakat, terutamanya cara menyampaikan maklumat. Jika dahulu ketika tahun 1500, manusia menggunakan surat untuk berhubung, kini semuanya hanya dengan satu klik segala maklumat tersebar dengan luas. Gerbang ilmu di mana-mana membatasi masa dan sempadan. 

        Apa kaitannya dengan dakwah media sosial? Isu inilah yang akan dikupas untuk entri kali ini tetapi memfokuskan kepada kesan negatif sahaja.

          Dakwah adalah satu aktiviti atau perbuatan menyebarkan ilmu kepada masyarakat. Dakwah ini sering dikaitkan dengan agama, tidak kira sama ada Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Bahai dan lain-lain semuanya berdakwah menyampaikan agama yang mereka anuti. Namun begitu, entri kali ini tertumpu kepada dakwah media sosial yang melibatkan agama majoriti di Malaysia iaitu agama Islam.







          
        Gambar di atas merupakan ringkasan mengenai perbezaan dakwah dahulu iaitu ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W dan sekarang. Perbezaan ini juga di pengaruhi oleh pelbagai aspek, salah satu daripadanya ialah media sosial. Jelas, terdapat beberapa kesan apabila dakwah ini disampaikan melalui media sosial. 

           Pertama, penyebaran hadis palsu yang berleluasa. Majlis fatwa memberi definisi hadis iaitu segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketetapan dan persetujuan dari Nabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama Islam. Hadis dijadikan sumber hukum dalam agama Islam selain Al-Qur'an, Ijma dan Qiyas, dimana dalam hal ini, kedudukan hadis merupakan sumber hukum kedua setelah Al-Qur'an. Media sosial yang membenarkan individu menyampaikan mesej kepada sesiapa mewujudkan fenomena penyebaran hadis palsu ini. Individu sesuka hati menulis dan  berkongsi post di media sosial tanpa mengkajinya terlebih dahulu. Aktiviti seperti inilah yang membimbangkan kerana masyarakat tidak mengambil peduli akan kesan daripada perbuatan mereka yang hanya tahu terus menekan butang kongsi di media sosial. 
  
       Kedua ialah lahirnya golongan "ustaz/ ustazah instant". Golongan ini sebenarnya menjadikan imej Islam dipandang serong. Apa yang menarik mengenai golongan ini adalah, mereka memakai pakaian yang menutup aurat tetapi yang mengecewakan adalah golongan ini sering menyampaikan dakwah secara kasar yang akhirnya dakwah mereka di tolak dan menjadikan seseorang itu lebih jauh dari Allah. 


    Kesimpulannya, tidak salah menggunakan media sosial sebagai medium dakwah namun harus diingat segala yang kita kongsikan haruslah bersederhana tidak pula melampaui batas hingga mengakibatkan agama lain merasa dihina. Teladani sifat Rasulullah iaitu dengan hanya memandangnya manusia rasa tenang dan ingin mengikutnya. 






Klik di sini untu mengetahui lebih lanjut:-


http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=102:pengertian-hadits&catid=20:fatwa&Itemid=65

https://www.facebook.com/SalamMuslim/videos/1377127588995465/

Comments

  1. Pandangan saya, golongan pendakwah instant boleh dikatakan mereka cakap tak serupa bikin. Mereka memang menulis tentang kebaikan tetapi mereka tidak pun melakukannya dan malah apa yang mereka lakukan bertentangan dengan apa yang mereka tulis. Dan pada masa sekarang banyak yang menghina agama, menulis sesuatu yang tidak elok dengan agama orang lain. Perkara ini tidak boleh diambil mudah dan perlu ditangani dengan cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali. Golongan pendakwah instant ini semakin menular di media sosial. Golongan ini adakalanya seperti lalat yang suka sesuatu yang busuk yakni mencari kesalahan orang lain dan mengkritik atau menegur silap orang lain secara terang-terangan sehingga menjatuhkan seseorang itu. Golongan-golongan seperti inilah antara penyebab keruntuhan silaturahim antara manusia.

      Delete
    2. saya sokong. Moga-moga golongan seperti ini sedar dan tidak memperkudakan agama hanya untuk nama mereka.

      Delete
  2. Pada pandangan saya pendakwah instant ini boleh dikatakan hanya sekadar mencari populariti di media sosial sahaja. Ianya seperti menunggang agama kerana mengagungkan maklumat-maklumat dari media sosial lalu dikongsi sahaja supaya orang akan tertarik dan kagumi kepada mereka.

    ReplyDelete
  3. Seperti mana yang saya faham di mana pendakwah adalah merupakan seseorang individu atau golongan yang menyebarkan ilmu agama kepada masyarakatnya. Namun begitu, kita seringkali dihidangkan dengan pelbagai isu hangat mengenai cara penyampaian ilmu atau maklumat yang kurang sesuai lebih-lebih pada media sosial. Oleh itu, sebagai seorang pendakwah hendaklah mengambil berat akan isu seperti ini agar membawa kesejahteraan bersama dan kita hendaklah saling mengingati antara satu sama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Lina. Seorang pendakwah perlu menjadi seorang yang sangat peka dengan keadaan sekeliling agar msej yang disampaikan itu dapat diterima baik oleh masyarakat sekeliling

      Delete
  4. Golongan seperti ini di ibaratkan seperti bercakap dihadapan cermin. Mereka sering menggunakan kata-kata atau perkataan yang berbentuk dakwah tetapi disebalik kata-kata tersebut adalah melambangkan diri mereka sendiri.

    Oleh itu, orang dewasa perlu mengawasi kanak-kanak semasa mereka menggunakan internet supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif.

    ReplyDelete
  5. sememangnya kini, ramai yang menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan dakwah 'instant' mereka kepada orang ramai. Mereka berdakwah tanpa mendalami ilmu dengan betul dan tanpa mengira perasaan orang lain serta keamanan negara kita. Berharap mereka supaya mendalami ilmu agama terlebih dahulu dan berfikiran untuk mengekalkan keamanan negara.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aplikasi Whatsapp dalam kehidupan seharian

Budak bawah umur!