Dakwah media sosial?
oleh : Nurul Farhanah binti Saffinye Revolusi teknologi hari ini membawa pelbagai perubahan dalam masyarakat, terutamanya cara menyampaikan maklumat. Jika dahulu ketika tahun 1500, manusia menggunakan surat untuk berhubung, kini semuanya hanya dengan satu klik segala maklumat tersebar dengan luas. Gerbang ilmu di mana-mana membatasi masa dan sempadan. Apa kaitannya dengan dakwah media sosial? Isu inilah yang akan dikupas untuk entri kali ini tetapi memfokuskan kepada kesan negatif sahaja. Dakwah adalah satu aktiviti atau perbuatan menyebarkan ilmu kepada masyarakat. Dakwah ini sering dikaitkan dengan agama, tidak kira sama ada Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Bahai dan lain-lain semuanya berdakwah menyampaikan agama yang mereka anuti. Namun begitu, entri kali ini tertumpu kepada dakwah media sosial yang melibatkan agama majoriti di Malaysia iaitu agama Islam. ...