Portal Berita
Pemberian sesebuah isi berita hendaklah tidak berat
sebelah dan mempunyai nilai berita yang boleh dipercayai. Pembaca hanya
mendapat informasi terkini melalui berita yang disajikan. Berita yang berat
sebelah tidak akan memberikan informasi yang terkini kepada masyarakat dan
menyebabkan kekeliruan kepada pembaca.
Terdapat berita blog yang boleh dipercayai dan tidak boleh dipercayai. Hal ini kerana sesetengah berita blog ini memberi isi berita yang berat sebelah dan hanya berdasarkan pemikiran sendiri sahaja serta kurang bukti yang kukuh. Terdapat berita alternatif yang boleh dilayari oleh pembaca
bagi mendapat informasi yang lain. Sebagai contoh, Malaysiakini merupakan laman
berita online yang terkenal dikalangan pembaca.
Pembaca sering melayari Malaysiakini untuk mendapatkan berita dari sudut yang berbeza. Media tradisional seperti surat khabar juga telah mengembangkan cara pemberian berita dengan membuka portal berita secara online. Hal kini kerana dapat memudahkan penyaluran berita dengan cepat, tepat dan padat. Setiap berita yang disalurkan akan dikemaskini dengan cepat.
Namun, berita yang disalurkan secara online kadang-kala akan kelihatan seperti berat sebelah kerana belum mempunyai informasi yang kukuh dan padat. Hal ini kerana, berita yang disalurkan dengan segera akan mendapat informasi yang dikemaskini setelah apa-apa siatan atau kajian dilakukan. Oleh itu, setiap berita yang diberikan tidak boleh berunsur berat sebelah dan haruslah berdasarkan kenyataan yang benar.
Terdapat berita blog yang boleh dipercayai dan tidak boleh dipercayai. Hal ini kerana sesetengah berita blog ini memberi isi berita yang berat sebelah dan hanya berdasarkan pemikiran sendiri sahaja serta kurang bukti yang kukuh.
Pembaca sering melayari Malaysiakini untuk mendapatkan berita dari sudut yang berbeza. Media tradisional seperti surat khabar juga telah mengembangkan cara pemberian berita dengan membuka portal berita secara online. Hal kini kerana dapat memudahkan penyaluran berita dengan cepat, tepat dan padat. Setiap berita yang disalurkan akan dikemaskini dengan cepat.
Namun, berita yang disalurkan secara online kadang-kala akan kelihatan seperti berat sebelah kerana belum mempunyai informasi yang kukuh dan padat. Hal ini kerana, berita yang disalurkan dengan segera akan mendapat informasi yang dikemaskini setelah apa-apa siatan atau kajian dilakukan. Oleh itu, setiap berita yang diberikan tidak boleh berunsur berat sebelah dan haruslah berdasarkan kenyataan yang benar.
Pembaca hendaklah memberi komen yang berkaitan dengan
tajuk dan isi berita serta munasabah. Komen yang diberikan seharusnya mempunyai
bukti yang kukuh dan tidak berdasarkan pemikiran kosong semata-mata.
Hal ini kerana sebuah komen yang tidak berasas akan memberi perspektif yang lain dan mengelirukan kepada pembaca yang lain. Pembaca sering kali membaca komen terlebih dahulu sebelum membaca isi berita yang ditulis.
Oleh itu, pembaca perlu memberi komen yang bernas dan munasabah dan bukan komen yang tidak masuk akal.
Hal ini kerana sebuah komen yang tidak berasas akan memberi perspektif yang lain dan mengelirukan kepada pembaca yang lain. Pembaca sering kali membaca komen terlebih dahulu sebelum membaca isi berita yang ditulis.
Oleh itu, pembaca perlu memberi komen yang bernas dan munasabah dan bukan komen yang tidak masuk akal.
Laman web “The Star”
salah satu laman berita online yang
boleh dilayari oleh orang ramai. Hal ini kerana berita yang diberi oleh The Star mempunyai nilai berita yang
tidak berat sebelah dan boleh dipercayai. Berita yang diberikan mempunyai
perspektif dan informasi yang lain kepada pembaca. Berita yang diberikan
melalui cara online juga akan dikemas kini dari masa ke semasa agar para pembaca
tidak ketinggalan sebarang informasi yang penting dan terkini.
Berikut merupakan link laman portal berita yang sering dilayari oleh pembaca :
Dan berikut merupakan link bagi bahan bacaan tambahan:
1. http://www.prnewswire.com/knowledge-center/Online-Newsroom-Best-Practices.html
Ditulis oleh : Nastasha Anak Johnny
Ditulis oleh : Nastasha Anak Johnny
Saya bersetuju bahawa The Star dan Malaysiakini menjadi saluran orang ramai untuk memperolehi maklumat semasa. Sebagai contoh, Malaysiakini merupakan satu laman portal berita yang menyiarkan berita atau isu semasa tidak berat sebelah dan situasi seperti ini membolehkan MalaysiaKini mendapat tempat di hati pembaca.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat anda. Namun sebagai penguna dan pembaca yang bijak adalh lebih baik kita menerima setiap maklumat yang disampaikan melalui pelbagai medium ini. Tidak kiralah medium apa, secara dalam talian atau dalam bentuk fizikal seperti surat kahabar. Kita harus bijak menganalisis setiap maklumat yang diutarakan oleh para wartaa. Keputusan berada di dlaam tangan kita unutk menerima atau menolak setiap maklumat yang diberikan. Oleh itu kita harus berani meneroka pelbagai portal berita dan pelabagai jenis medium untuk memperoleh pelbagai berita terkini semasa ini.
ReplyDeletesaya bersetuju dengan pendapat anda. Tetapi sebagai pengguna atau pembaca harus bijak dalam memilih saluran mana yang boleh dijadikan rujukan dan tidak hanya bergantung kepada satu medium itu sahaja. Secara peribadinya, apabila saya membaca berita secara atas talian saya akan membaca tajuk berita tersebut dahulu dan setrusnya membaca komen-komen daripada pembaca yang lain. ada kalanya komen-komen yang negatif membuatkan saya terus membuat andaian mengenai berita tersebut sebelum membaca isi berita tersebut. oleh itu, setiap protal harus memberi penegasan supaya mereka yang ingin memberi komen seharusnya menggunakan perkataan atau ayat yang sopan dan positif supaya tidak mempengaruhi pembaca yang lain.
ReplyDeleteNo matter what news content are being uploaded on the Internet, we as the media users need to act smart in retrieving all those information. Media only act as the channel of transferring information but it is up to us how we want to utilize it. Therefore, I think both users and media play roles in this part.
ReplyDeleteSetiap berita yang dilaporkan oleh media hari ini mempunyai agendanya yang tersendiri. sama ada melalui media tradisional mahupun media baharu. Namuun, tugas pengamal media adalah sama iaitu menyampaikan berita. Berita-berita yang dilaporkan itu akan dinilai kandungan nya sama ada berasaskan ataupun tidak.
ReplyDeletePada masa sekarang terdapat pelbagai medium untuk kita mendapatkan berita. Contonhya, perkara tersebut baru sahaja beberapa minat berlaku tetapi sudah tular/viral ke seluruh negara dengan wujudnya media baharu seperti laman sosial. Oleh itu, kita haruslah berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu berita takut menjadi fitnah.
ReplyDeleteMedia traditional ataupun media baharu keduanya mempunyai peranan yang sama iaitu menyediakan maklumat dan tempat orang awam untuk mencari maklumat. Namun disebabkan Media baharu seperti media sosial yang lebih pantas lebih membuatkan ramai orang yang memilih untuk mencari maklumat dan berita melalui medium tersebut. bagi saya kredibiliti maklumat adalah sangat penting kerana kita semua mahu dihidangkan dengan berita yang sahih dan benar dan kita perlu bijak untuk memilih medium mana untuk mencari dan menerima maklumat dan berita tersebut.
ReplyDeleteSifat berita mestilah telus dan melaporkan segala yang terjadi dengan adil tanpa memihak kepada mana-mana. Namun harus diingat, media mempunyai agenda tersendiri dalam menyampaikan berita. Kita sebagai generasi yang berilmu perlu membuat perkiraan sebelum mempercayai berita yang di buat terutamanya yang melibatkan politik. Hal ini kerana, tanpa media, politik akan lumpuh!
ReplyDelete