Computer Mediated Communication

Oleh: Nurul Farhanah binti Saffinye

        Computer Mediated Communication(CMC) menurut A.F Wood dan M.J Smith adalah segala bentuk komunikasi antara individu, individu dengan kelompok yang saling berinteraksi melalui computer dalam suatu jaringan internet. Keadaan ini memberi pelbagai implikasi kepada masyarakat.  Hal ini kerana, apabila manusia hanya berhubung melalui computer, pergaulan secara bersemuka menjadi terhad dan seterusnya hubungan antara sesama manusia juga mengalami kesan.


          Antara contoh CMC adalah sesebuah syarikat yang menggunakan email untuk berhubung. Jika dilihat dari konteks ini, email merupakan medium yang mampu menyampaikan maklumat dengan mudah dan cepat. Oleh itu,  cara komunikasi seperti ini amat sesuai digunakan.
  
              Namun begitu, CMC ini juga boleh mendatangkan masalah dalam masyarakat. Contoh, apabila kita hanya berhubung menggunakan internet kita tidak dapat melihat muka,  "body language" dan "facial expression" orang yang sedang kita berinteraksi. Keadaan ini boleh menimbulkan salah faham akibat yang datang daripada "tekaan" emosi orang yang sedang berhubung tersebut. Seteusnya membawa masalah kepada hubungan antara satu sama lain.

         CMC ini bukanlah satu fenomena yang baharu. Tetapi gelombang teknologi yang kian rakus kini menjadikan masyarakat semakin di himpit mengikuti gelombang ini. CMC termasuk juga aplikasi Whatsapp, Twitter, Email, Facebook dan WeChat. Menurut Akhbar Utusan Malaysia, yang bertarikh 2 Mac 2017, membuktikan bahawa cara berinteraksi seperti ini boleh "membunuh" semangat berkawan. Ini jelas di buktikan golongan muada yang tidak boleh lekang dengan gadget di tangan masing-masing. Senario seperti ini membawa kepada kemunculan "anti-sosial".

       Kesimpulannya, teknologi yang semakin maju kini hendaklah digunakan secara berhemah dan tidak pula berlebihan bagi mengelakkan impak yang lebih buruk terhadap sosial masyarakat kita di Malaysia.

Comments

  1. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan media baharu telah menggantikan interaksi secara bersemuka. Saya bersetuju dengan pendapat farhanah di mana CMC ini dapat memberi kesan negatif dalam kalangan masyarakat. Apa kesan yang dapat saya kongsikan di sini ialah orang ramai mudah ketagih dengan media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan sebagainya. Kadang-kadang situasi seperti ini menyebabkan hubungan semakin renggang. Hal ini sedemikian kerana masa lapang bersama kawan-kawan dan keluarga hanya dihabiskan untuk melayari internet sahaja.

    ReplyDelete
  2. Kemunculan CMC ini boleh membawa kepada kebaikan dari segi penjimatan masa. Maklumat dapat disebarkan dengan lebih mudah dan pantas. Namun, kadang-kadang maklumat yang diseberkan mempunyai unsur fitnah. Apabila maklumat yang disebarkan mengandungi unsur fitnah boleh menyebakan berlakunya perbalahan antara satu sama lain. Oleh itu, kita sebagai pengguna CMC harus bijak dan tidak mempercayai bulat-bulat tentang maklumat yang dikongsi oleh rakan di media sosial.

    ReplyDelete
  3. CMC sememangnya telah memberikan banyak perubahan pada setiap individu. sebagai contoh, jika pada zaman dahulu kita menggunakan surat untuk terus berhubung dengan orang yang berada jauh dengan kita, tetapi pada zaman teknologi yang serba canggih kini, tidak ada halangan untuk kita berkomunikasi dengan seseorang. semuanya berada dihujung jari anda.

    Dengan menggunakan CMC juga kita lebih mudah untuk mendapatkan perkembangan yang terkini dan sebarang maklumat juga boleh disebarkan dengan pantas tidak kira di mana sahaja anda berada.

    Tetapi terdapat juga golongan yang menyalahgunakan CMC ini dengan perkara yang negatif atau tidak baik. Antaranya dengan menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan bagi orang yang membaca.

    ReplyDelete
  4. tidak dinafikan lagi CMC ini telah menjadi sebahagian dalam kehidupan seharian kita. Lihat Sahaja Whatsapp setiap hari kita gunakan untuk berkomunikasi. Namun terdapat jelas kesan buruk CMC ini kepada manusia. Salah satunya ialah kurangnya interaksi secara fizikal dengan manusia yang lain. Keadaan ini juga menyebabakan berlakunya masalah kurang keyakinan diri apabila berhadapan dengan khalayak ramai. Satu kajian pernah dibuat mengenai CMF ini dalam organisasi, dan dapat dilihat CMC ini memeberi kesan negatif secara keseluruhannya dalam hubungan interpersonal mereka d tempat kerja. --http://file.scirp.org/Html/1-2840025_46620.htm

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian. pada pandangan saya,CMC ini memberi banyak manfaat kepada semua masyarakat. Ini kerana CMC adalah merupakan tempat yang mudah kita berhubungan dengan sesiapa sahaja dan dimana-mana tempat yang boleh kita dapat hanya menggunakan komunikasi alam maya seperti internet. Kita sebagai pengguna CMC ini harus bijak dalam menangani penggunaannya agar tidak mendatangkan kesan yang negatif.Pengguna juga harus bijak agar kebaikkan CMC itu tidak disalah gunakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju. Kemunculan CMC sememangnya mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat. Cara seseorang individu itu menggunakannya adalah isu utama yang perlu diperjelaskan. Sekiranya kita menggunakan CMC untuk tujuan yang baik, nescaya kita akan mendapat kebaikan yang tidak terhingga. Oleh itu, sebagai salah seorang pengguna CMC, saya beranggapan bahawa cara penggunaan kita adalah amat penting agar CMC tidak disalahgunakan.

      Delete
  6. Bagi saya CMC merupakan alat komunikasi untuk berhubung yang sangat terpenting dalam kehidupan masyarakat pada masa kini. Hal ini kerana, CMC membuatkan seseorang itu lebih mudah untuk berinteraksi tidak kira berada dalam jarak yang jauh mahupun dekat. Namun CMC sebenarnya bagi pendapat saya lebih sesuai untuk digunakan untuk urusan yang tidak formal seperti untuk temujanji ataupun sebagainya.Hal ini kerana bagi saya CMC adalah medium komunikasi untuk permudahkan urusan bukanlah satu penyelasaian kerana apabila terjadinya konflik CMC bukanlah satu jalan untuk menyelesaikan .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aplikasi Whatsapp dalam kehidupan seharian

Budak bawah umur!

Dakwah media sosial?