Pembinaan Jalur Lebar di Kawasan Luar Bandar
Ditulis Oleh: Lina Ak Belly
Pembinaan Jalur Lebar (Internet) di kawasan luar Bandar:
Pembinaan Jalur Lebar (Internet) di kawasan luar Bandar:
Berdasarkan apa yang kita belajar pada minggu lepas,
kewujudan media baharu atau ‘new media’
telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia berbanding dengan media lama. Kemunculan
media baharu telah mendatangkan banyak manfaat kepada penggunaanya bahkan bukan
hanya menjadi pusat untuk memperolehi maklumat malah fungsinya lebih daripada
itu.
Walau bagaimanapun, kewujudan media baharu ini telah
mendatangkan beberapa masalah kepada penduduk di kawasan pedalaman untuk
melayari Internet berbanding dengan
penduduk di Bandar. Sekiranya mereka ingin melayari Internet maka mereka perlu ke Bandar untuk mendapatkan rangkaian
Internet yang laju. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penduduk kawasan luar Bandar
agak jauh ketinggalan zaman berbanding dengan penduduk di Bandar.
Berdasarkan sumber daripada Borneo Post Online (20 April 2016), pihak kerajaan telah
memperuntukkan sebanyak RM124 juta kepada Sarawak untuk membolehkan 124 Pusat
Internet 1 Malaysia (PI1M) beroperasi. Ini merupakan salah satu langkah daripada
pihak kerajaan untuk memudahkan penduduk di kawasan luar Bandar dapat mengakses
Internet dan mereka tidak perlu lagi
bersusah payah keluar ke Bandar untuk melayari Internet.
Selain itu, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selaku
Menteri dalam Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga mengatakan bahawa pihak
kerajaan akan mempercepatkan proses pembinaan perkhidmatan jalur lebar
terutamanya di kawasan pedalaman. Hal ini bertujuan bagi memastikan seluruh
rakyat mendapatkan perkhidmatan Internet
sebelum menjelang Wawasan 2020.
Tambahan
lagi, peruntukan seperti ini tidak terhad kepada Sarawak sahaja bahkan Sabah
juga turut diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Menurut sumber daripada
BERNAMA (21 Januari 2017), pihak kerajaan akan membina empat belas menara
telekomunikasi di daerah kecil Kemabong dengan tujuan memperluaskan capaian Internet yang sedia ada di kawasan
tersebut. Namun begitu, adakah pada hari ini penduduk di kawasan luar Bandar masih
mengalami masalah yang sama ataupun disebaliknya?
Bagi pendapat saya, pembinaan jalur lebar di kampung-kampung terutamanya, membawa kesan yang positif. Hal ini kerana pembinaan jalur lebar ini menjadikan masyarakat di sesebuah kampung tersebut dapat mengakses internet seterusnya sesuatu maklumat itu boleh diperoleh dengan mudah. Masa kini, internet merupakan keperluan kedua terpenting selepas keperluan asas seperti air dan tempat perlindungan. Hal ini kerana, gelombang globalisasi menyebabkan segala informasi hanya di hujung jari. Sekiranya, pengaksesan kepada internet itu terhad, maka akan ada infromasi yang tidak diketahui oleh masyarakat tersebut.
ReplyDeleteNamun, jika di lihat dari konteks Sarawak sendiri, secara kasarnya keperluan yang paling penting adalah keperluan asas seperti air perintah. Pengalaman say bersukarelawan menyebabkan saya mengemukakan pandangan seperti ini. Kebanyakan kampung yang telah saya lawati terutamanya di kawasan pendalaman amat memerlukan keperluan asas benbanding jalur lebar ini.Hal ini kerana, kewujudan jalur lebar di kampung tersebut dilihat tidak memberi impak yang ketara kepada penduduk kampung. Limitasi yang jelas adalah, hanya beberapa rumah sahaja dapat mengakses menggunakan jalur lebar yang disediakan oleh kerajaan. Halangan utamanya adalah jarak rumah yang agak jauh.
Ya, saya bersetuju dengan pendapat Farhanah di mana hanya beberapa rumah atau kampung sahaja yang dapat mengakses internet jalur lebar ini. Sebagai contoh, rumah panjang saya bukan setakat tiada rangkaian internet bahkan line fon pun tiada juga. Namun begitu, bukanlah saya hendak menyalahkan pihak kerajaan kerana pembinaan rangkaian internet atau line telefon memerlukan kos yang tinggi.
DeleteSelain itu, keperluan asas seperti air juga merupakan isu berlarutan yang dialami oleh penduduk kampung terutamanya di kawasan pedalaman. Mereka mengalami kesuntukan air minuman dan kadang-kadang seperti ini menyukarkan aktiviti seharian mereka. Berdasarkan pengalaman sendiri, adalah amat sukar untuk mendapatkan bekalan air bersih apatah lagi untuk dijadikan air minuman.
Internet pada masa kini merupakan perkara yang harus ada dalam kehidupan masyarakat. Dengan adanya jalur lebar di kawasan pendalaman , masyarakat di sana mampu memperolehi informasi semasa. Sememangnya untuk merealisasikan rancangan jalur lebar ini, kerajaan memerlukan kos yang besar.
ReplyDeleteHal ini kerana, Sarawak terutamanya merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dan masih ada tempat atau kawasan yang belum diterokai. Limitasi dalam mengakses internet juga masih belum dapat diatasi. Hal yang demikian akan menyebabkan mereka tidak memperolehi informasi yang sangat penting dan tidak mengetahui tentang pembangunan negara.
Internet merupakan salah satu keperluan bagi masyarakat dunia hari ini. Internet antara salah satu medium yang digunakan oleh masyarakat untuk menerima dan menyalurkan maklumat kepada orang ramai. Bahkan kweujudan internet membolehkan masyarakat berhubung dengan yang lain tanpa batasan sehingga ke negara luar.
ReplyDeleteTapi, bagi masyarakat yang tinggal di kawasan yang tidak memperoleh rangkaian jalur lebar ini, mereka kekurangan pengetahuan dalam dunia siber seperti orang lain.
ye saya bersetuju dengan pendapat line. kita harus bijak menggunakan kemudahan internet ini demi kebaikan bersama. Dalam dunia kewartawan misalnya kita perlu sedar bahawa internet amat penting kepada masyarakat kini yang amat memrlukan internet bagi capaian maklumat.
ReplyDeletepada zaman revolusi teknologi komunikasi dan multimedia tanpa limitasi kini, internet merupakan rangkaian perhubungan yang banyak digunakan pada era globalisasi ini. Internet mendatangkan manfaat kepada masyarakar tanpa mengira peringkat umur. melalui internet kita dapat mengetahui pelbagai isu semasa dengan lebih cepat. kawasan pedalaman tidak terkecuali untuk mendapatkan maklumat terkini melalui internet. oleh itu, pemasangan jalur lebar di kawasan pedalaman adalah perlu supaya mereka tidak akan rasa disisihkan daripada masyarakat lain.
ReplyDeleteinternet bukan lagi satu teknologi baru namun ia merupakan satu keperluan dalam kehidupan masyarakat pada masa ini, internet boleh mendatangkan kebaikkan dan juga sebaliknya, ia bergantung terhadap bagaimana seseorang itu menggunakannya..namun isu mengenai salah guna internet semakin berleluasa di kalangan kanak-kanak bawah umur kerana tiadanya sekatan dari pihak tertentu dimana seperti yang kita tahu maklumat di internet merupakan maklumat yang dikumpulkan dari serata dunia dan hanya kita hanya perlu memasukkan kata kunci yang boleh membuatkan kita mengakses seluruh maklumat dari serata dunia daripelbagai isu. oleh itu, internet ada juga positif dan juga negatif impaknya.
ReplyDeleteWalaupun peruntukan telah diberikan untuk menaiktaraf sistem jalur lebar di kawasan pedalaman, penduduk luar bandar tetap menghadapi masalah yang sama iaitu kegagalan untuk mendapatkan akses internet. Oleh itu, saya berpendapat bahawa tindakan yang lebih telus perlu diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
ReplyDeletePembinaan jalur lebar di kawasan pedalam merupakan satu inisiatif yang baik daripada kerajaan yang bertujuan untuk merapatkan jurang antara penduduk luar bandar dan bandar.
ReplyDeleteNamun begitu, jalur lebar yang dibina hanya boleh beroperasi dengan baik dalam 4-5 tahun sahaja. Selepas itu, mulalah talian tidak dapat disambungkan. Hal ini kerana, salah satu faktor terjadinya masalah ini ialah jalur lebar tersebut tidak diperiksa secara berkala oleh pihak yang berwajib yang menyebabkan jangka hayat untuk beroperasi hanya seketika waktu sahaja.